Sabtu, 08 Agustus 2015
BAHLUL WALI ALLAH
KISAH SI BAHLUL & ULAMA SUFI
Alkisah, pada zaman pemerintahan kerajaan Bani 'Abbasiyah, terdapa seorang ulama sufi bernama Syeikh Junaid Al-baghdadi yg terkenal dengan ketinggian ilmunya..
Selain menjadi pelopor kepada ilmu tasawuf Islam, beliau juga cukup dikenali sebagai seorang pedagang yg berjaya di Jazirah Arab..
Suatu ketika, Syeikh Junaid pergi berangkat ke kota Baghdad atas urusan dagang. Sebaik urusannya selesai, Syeikh Junaid bertanya tentang seorang lelaki dan berhasrat untuk menemui sosok yg dimaksud.
"Kenalkah kalian lelaki yg bernama Bahlul di kota ini?" tanya Syeikh Junaid kepada anak muridnya..
Mereka menjawab, "Ya, dia seorang yg gila. Apakah yg tuan perlukan daripadanya?"
Syeikh Junaid menjawab, "Carilah lelaki itu, karena ada sesuatu yg aku perlukan daripadanya,"
Tanpa banyak tanya, anak-anak murid Syeikh Junaid segera mencari lelaki yg bernama Bahlul itu diseluruh pelosok kota Baghdad. Setelah puas mencari, akhirnya mereka berhasil menemui lelaki tersebut disebuah gubuk di gurun yg agak terpencil..
Keadaan Bahlul dilihat tidak terurus, pakaiannya compang-camping & rambutnya kusut masai. Memang sah, itulah lelaki yg dicari oleh mereka. Anak-anak murid Syeikh Junaid lalu segera kembali ke kota baghdad dan membawa Syeikh Junaid untuk bertemu dengan lelaki berkenaan..
Ketika Syeikh Junaid mendekati Bahlul, dia melihat Bahlul sedang menyandarkan kepalanya ditembok batu. Syeikh Junaid kemudian memberi salam dan menyapanya. Bahlul pun menjawab salam dan bertanya semula, "Siapakah engkau?"
"Aku adalah Junaid Al-baghdadi," Jawab Syeikh Junaid.
"Apakah engkau Abul Qosim (nama sebenar syeikh junaid)? Apakah engkau Syeikh Baghdadi yg sering mengajak manusia ke arah jalan kebaikan dan mencintai akhirat?" tanya Bahlul sekali lagi..
"Ya!" Jawab Syeikh Junaid..
"Apakah engkau tahu bagaimana cara makan?" tanya bahlul kepada syeikh junaid..
Lalu Syeikh Junaid menjawab,"Aku mengucap Bismillah. Aku makan yg ada dihadapanku, aku menggigitnya sedikit, meletakkannya disisi kanan dalam mulutku, dan perlahan mengunyahnya. Aku tidak menatap suapan berikutnya. Aku mengingati Allah sambil makan, Apapun yg aku makan, aku ucapkan Alhamdulillah, & aku cuci tanganku sebelum dan sesudah makan."
Bahlul berdiri, menyebakkan pakaian dan berkata,"Kau ingin menjadi guru yg dihormati didunia, tetapi kau tidak tahu pun bagaimana cara makan!" Sambil berkata demikian, Bahlul berlalu pergi..
Salah seorang murid Syeikh Junaid berkata,"Wahai tuan, dia adalah orang gila."
"Ya, dia adalah orang gila yg bijak & cerdas. Dengarkan kebenaran daripadanya," jawab syeikh junaid. Dia pun kemudian sekali lagi mendekati Bahlul..
"Siapakah engkau?" tanya Bahlul..
"Syeikh Baghdadi yg tidak tahu bagaimana cara makan," jawab syeikh junaid..
"Engkau tidak tahu bagaimana cara makan, tapi apakah kau tahu bagaimana cara berbicara?" tanya Bahlul..
"Ya," jawab Syeikh Junaid..
"Aku berbicara tidak kurang tidak lebih. Aku tidak terlalu berbicara. Aku berbicara supaya pendengar mudah memahami. Aku tidak berbicara terlalu banyak agar pendengar tidak cepat bosan. Aku mengajak manusia ke jalan Allah & Rosul," sambung Syeikh Junaid..
"Lupakan saja tentang makan, karena kau juga tidak tahu bagaimana cara untuk berbicara," kata Bahlul. lalu ia berdiri, menyebakkan jubahnya dan berlalu pergi..
Anak murid Syeikh Junaid berkata kepada Syeikh Junaid,"Wahai tuan, anda lihat sendiri dia seorang yg gila. Apa yg tuan harapkan daripada orang gila sepertinya?"
"Ada sesuatu yg aku perlukan darinya, yg kalian tidak tahu," jawab syeikh junaid, sambil bangun dan kemudian berjalan mendekati Bahlul semula.
"Apakah yg engkau mahu dariku? Kau yg tidak tahu cara makan dan berbicara, Apakah kau tahu bagaimana cara tidur?" tanya Bahlul sebaik saja Syeikh Junaid mendekatinya..
"Ya, Aku tahu. Aku tidur selepas sholat Isya', aku berwudhu', berdo'a dan...." jawab syeikh junaid. Dia kemudian menerangkan adab-adab tidur sebagaimana yg dianjurkan oleh para ulama..
"Sudah! ternyata kau juga tidak tahu bagaimana cara tidur," kata Bahlul tegas.
Bahlul pun bangun dan coba berlalu pergi. Namun, kali ini Syeikh Junaid telah menahannya..
"Wahai Bahlul, Aku tidak tahu. karena Allah, Ajarilah aku," pinta Syeikh Junaid kepada Bahlul..
Bahlul pun berkata: "Sebelum ini kau mengatakan bahwa engkau tahu, maka aku menghindari Mu. sekarang, setelah kau mengakui dirimu tidak tahu, maka aku akan mengajarmu bagaimana cara mak, berbicara dan tidur."
"Ketahuilah, bahwa kebenaran yg ada disebalik makan adalah makanan yg halal. Jika engkau makan makanan yg haram dengan seribu adab sekalipun, ia tidak bermanfaat, melainkan menyebabkan hatimu menjadi hitam!"
"Hati harus bersih sebelum berbicara, dan perkataanmu hendaklah menyenangkan yg maha pencipta. sekiranya bicaramu hanya untuk urusan duniawi dan sesuatu yg sia-sia, maka ia akan mendatangkan malapetaka bagimu. sebab itu diam adalah lebih baik daripada berbicara."
"Dan kebenaran disebalik tidur adalah hati mu perlu bebas daripada sifat permusuhan dan kebencian. Hatimu tidak boleh tamak akan dunia & kekayaan didalamnya. Maka ingatlah Allah ketika kamu ingin tidur," terang Bahlul kepada Syeikh Junaid..
Kata-kata itu membuat Syeikh Junaid tersenyum..
Ya, itulah yg dia perlukan daripada Bahlul..
Syeikh Junaid kemudian menghulurkan salam dan mencium tangan Bahlul, sembari berdo'a untuk kesejahteraannya..
Sebenarnya, Siapa lelaki gila bernama Bahlul itu..??
Bahlul atau nama sebenarnya WAHAB IBN 'AMR dilahirkan di kuffah, Iraq.
Beliau merupakan sepupu kepada Kholifah Harun ar-Rasyid..
Ketika hayatnya Bahlul dikenali sebagai seorang Ilmuwan Islam dan pernah menjabat jabatan sebagai seorang Hakim kerajaan Bani Abbasiyah. Namun, Bahlul telah meninggalkan kemewahan hidupnya untuk hidup dengan gaya sederhana. Disebabkan itu dia diberi gelaran BAHLUL oleh penduduk setempat..
Bahlul sebenarnya tidak gila, tetapi dia berperwatakan begitu bagi menyembunyikan kebijaksanaan yg dimilikinya daripada diketahui oleh oranglain..
Nah, sekarang anda sudah tahu siapa sebenarnya Bahlul..!!
Secara tidak langsung kita dapat memahami mengapa orang-orang tua dahulu sering mengucapkan perkataan itu (Bahlul). Siapa tahu, umpatan keji zaman sekarang yg memanggil sesorang 'BAHLUL' mungkin boleh jadi satu do'a yg baik untuk ditujukan kepada kita..
Ingat,, 'BAHLUL' itu bukan 'BODOH' tapi seorang yg bijaksana sebenarnya..!! ~
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar